Friday, May 4, 2012

Al-Quran Surat Cinta dari Allah

Berusaha Untuk Memahami Maknanya


Etika membaca Al-quran sangat penting sebagai satu usaha berdialog & berinteraksi dgn AQ yang dibaca dengan akal dan hati; iaitu dibaca dalam keadaan sedar & serius bukan dalam keadaan mengelamun ataupun tidak konsentrasi.

Bagaimana ingin mencapai konsentrasi yang selesa dalam membaca al-Quran?
Caranya adalah dengan...
  • Mencurahkan hati kepada memahami makna yang dibaca, 
  • Mengetahui makna setiap ayat, 
  • Merenungkan setiap perintah dan laranganNya,
  • Menerima setiap isi kandungannya dengan sepenuh hati..
:: Antara cara untuk memahami ::

Apabila membaca ayat rahmat, maka kita patut merasakan kegembiraan dan memohon kebaikan kepada Allah swt.

Apabila membaca ayat AZAB pula, maka kita patut berdoa dihindarkan dari azab itu dan memohon perlindungan kepada Allah swt.

Apabila membaca ayat yang menyucikan Allah swt, maka kita segera menyucikan & memuji Allah swt.
 

Petikan dari hadis ...
 
Abu Daud, an-Nasa'i dan yang lainnya merekodkan dari Auf ibn Malik,
 
" Aku solat bersama Rasulullah pada suatu malam, kemudian beliau membaca surah al-Baqarah. 
Setiap kali beliau mcmbaca ayat rahmat, beliau berhenti dan berdoa dan setiap kali membaca ayat azab beliau berhenti dan memohon perlindungan kepada Allah swt."

"Memahami, Meresapi & Berdialog dgn Al-Quran"
 
Semoga manfaat-manfaat yang terkandung dalam al-Quran dapat kita rasakan, baik manfaat yang berbentuk spiritual, manfaat psikologi, bahkan manfaat kesihatan fizikal ataupun jasmani kita. Semoga kita dapat menjalankan amalan mulia membaca dan mendengarkan bacaan al-Quran ini. amiin..


To All Kipas Susah Mati miftahmessir.blogspot.com :
Apa yang sy kongsikan pada anda semua di atas ini adalah preview hasil bacaan sy untuk buku QURANIC SUPER HEALING. (tu pun tak habis bace semua sbb memilih tajuk2 yang best dulu utk dibace) . papepun, buku ini sgt menarik untuk dibace dan untuk dijadikan bahan kajian kita sebagai org Islam ke ats kitab suci kita Al-Quranul karim. TAk RUGI klu beli, buku ni bukan sahaja sesuai untuk mereka yang mencari cara bagaimana nak membaca al-quran dengan penghayatan yang sepenuhnya, malah buku ini juga berkongsi kepada kita bukti sains, dari segala aspek, psikologi, dan gi gi yang laen..huhu.. dah lama tak mnulis blog ni, sy rse ni entry sy yg pertama utk tahun 2012 ni setelah lama sy mninggalkan blog sy ni. USANG, tu yang boleh sy ukgkapkan, namun, kesedaran menulis tiba2 datang ;) hbis je sy mngarang entry ni sempat sy bukak link ni :

http://www.this-is-my-story.com/v/6I2MPN12NC58

buat mreka yang ade masa lapang,boleh lah bukak link tu..lama gak nak loading..so tunggu je loading smpai tahun 2030 ye..hehe...utk kipas susah mati,sy nak kongsikan lagu kumpulan brothers yang bertajuk Mahligai Kebahgiaan..lagu ni tenang je,dan byk memberikan kekuatan kepada sy dan berfikir bahawa bertapa indahnya agama Islam buat kita semua ;)

BloG iNi MeNariK ??