Thursday, September 9, 2010

Sultan Muhammad Al-Fateh Penakluk Konstantinopel


Video Al fateh ni saya (MiFTah MeSSir) buat ketika masuknya raya 2010..masa buat video ni,rasa bersemangat sungguh..huhu..papepun,kepada peminat video muhammad al fateh ni,saya ucapkan terima kasih kerana tak jemu menontonnya ^__^

Sultan Muhammad Al-Fateh,antara pemimpin Islam yang saya kagumi kerana kehebatan beliau dan tenteranya mengubah daratan menjadi lautan. huhu.. semoga beliau menjadi inspirasi kepada kita semua umat Islam hari ini. insyaAllah...

"Wahai Sultan Murad (ayahanda Muhammad al-Fateh), bukan Tuanku yang membebaskan Kota Konstantinopel, tetapi anak yang ada di dalam buaian itu (Muhammad al-Fateh)" -Syeikh Syamsuddin Al-Wali.

"Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata." -Surah al-Fath: 1

"Konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik." -Nabi Muhammad SAW

"...kalaulah dunia ini sebuah negara, maka Konstantinopel inilah yang paling layak menjadi ibu negaranya!" -Napoleon Bonapart

"Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad al-Fateh sudah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!" -Ahli Sejarah Byzantine

"Dalam salah satu kempen semasa zaman kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi Muhammad SAW iaitu Abu Ayyub al-Ansari syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Konstantinopel atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya mengapa beliau ingin dimakamkan di situ, beliau menjawab, "Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Kota Konstantinopel."

BloG iNi MeNariK ??